Monday, 3 December 2012

Tugas Seorang Polis

      Tidak ramai orang yang sukakan polis.Pada hal seorang polis adalah kawan yang sebenar kepada orang ramai.Tugas seorang polis ialah menangkap orang-orang yang melanggar undang-undang.Dia mesti memerhatikan orang-orang  disekeliling kita supaya tidak ada sesiapa pun mencuri harta atau membunuh orang.  


      Dia juga bertanggungjawab mengawal supaya tidak ada sesiapapun menipu atau memusnahkan rumah dan lain-lain harta benda orang lain.Dia tidak menangkap orang-orang yang baik dan patuh kepada kepada undang-undang.   

    
      
        Dengan sebab itu tugas polis tidaklah mudah.Kerjayanya sentiasa menghadapi bahaya .Dia mesti berhati-hati,jika cuai, nyawanya akan melayan.sesetengah pencuri dan perompak menggunakan pistol. 


        Jika kita tidak bersalah, kita tidak perlu takut kepada polis.



haaaaaa bukan nye senang nak jadi polis kan........

Saturday, 24 November 2012

pembuli di sekolah Ali dan Abu

Asalamualaikum kawan-kawan . kawan-kawan nak dengar tak cerita yang bertajuk "pembuli disekolah Ali dan Abu".


      Pada suatu hari ada dua orang budak yang bernama Ali dan Abu .Mereka berdua dua saling membantu antara satu sama lain.mereka pergi kesekolah bersama-sama ,belajar bersama-sama dan melakukan aktiviti bersama-sama.

        Pada masa tu Ali dan Abu pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.Setelah tiba di sekolah mereka ternampak  empat orang budak mebuli pelajar tahun 1.Mereka meminta wang daripada budak itu.selepas melihat kejadian itu ,Ali dan Abu berasa marah dan mereka segera melaporkan kepada cikgu disiplin yang bernama Mahadi. Dan empat orang murid tahun 6 itu belum sempat melarikan diri dan mengambil wang itu.

       Cikgu disiplin pun membawa empat orang pelajar itu ke bilik kaunseling.mereka dirotan empat kali ditangan.Selepas dirotan cikgu menyuruh mereka meminta maaf kepada budak itu .
    
      Selepas selesai cikgu sempat lagi berkata kepada Ali dan Abu " awak berdua sangat berani dan perihatin  terhadap orang lain, awak berdua memang bagus".Ali dan Abu sungguh gembira apabila dipuji oleh cikgu dan pembuli disekolah nya tiada lagi.......  


sekian terima kasih